Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke majlis santap malam

    Gambar oleh Infofoto

    REPUBLIK SINGAPURA, 3 OGOS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Rasmi yang dihoskan oleh Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Kebangsaan, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean;
    dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong.

    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di State Room, Hotel Shangri-La Singapura, dijunjung oleh TYT Teo Chee Hean, TYT Lawrence Wong dan isteri, Wong. Ini diikuti dengan majlis santap malam.

    ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Rasmi yang dihoskan TYT Teo Chee Hean dan TYT Lawrence Wong di Hotel Shangri-La Singapura.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda