Friday, September 20, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan hadiri Forum Perdana Majlis Ilmu

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), berkenan berangkat menghadiri Forum Perdana Majlis Ilmu 2024 di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    Keberangkatan tiba DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2024.

    Turut menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ialah pengerusi-pengerusi bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2024, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohammad.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar. Majlis diteruskan dengan sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menghadiri Forum Perdana Majlis Ilmu 2024 di Dewan Plenari, ICC, Berakas, kelmarin. Turut berangkat DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara jemputan yang hadir pada majlis itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Menteri-menteri kabinet semasa menghadiri Forum Perdana Majlis Ilmu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyampaikan sembah alu-aluan pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Ahli-ahli panel dan moderator semasa menyertai forum berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Sesi forum perdana bertajuk Kestabilan Sosioekonomi dan Impaknya Terhadap Kesihatan Mental telah menampilkan tiga orang panel terdiri daripada Dekan dan Profesor Madya, Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Profesor Madya Dr Mohd Shahril bin Ahmad Ramizi; Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid; dan Ketua Jabatan Perkhidmatan Psikiatri, Kementerian Kesihatan, Pengiran Dr Hajah Fariza Suryani binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; dengan Penolong Raes, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni KUPU SB, Dr Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk sebagai moderator.

    Tujuan forum diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan kesihatan mental dan seterusnya menghakis stigma atau pandangan negatif mengenai isu-isu gejala mental di negara ini, di samping mengenal pasti peranan penting kestabilan sosioekonomi serta impaknya terhadap kesihatan mental seseorang individu.

    Selain itu, forum berkenaan turut menekankan pendekatan whole of nation, di mana perubatan bersepadu yang menggabungkan intervensi perubatan dan rawatan kerohanian adalah sama penting dalam memastikan Negara Brunei Darussalam mempunyai penduduk yang mempunyai kesihatan mental yang baik dan berdaya tahan.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat telah dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim.

    Sebelum berangkat balik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dijunjung bagi menandatangani lembaran kenangan, diikuti sesi bergambar ramai dan menghadiri Majlis Santap.

    Forum perdana itu akan diteruskan dengan Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2024 pada 21 September ini. Manakala pameran Majlis Ilmu akan dibuka kepada orang ramai mulai 18 September hingga 3 Oktober.

    Majlis Ilmu tahun ini diungkayahkan bersama oleh JPM, KHEU, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Pendidikan dan KKBS dengan tema Menangani Gejala Mental.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda