Tuesday, February 11, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan hadiri Royal Audience bersama Raja Kemboja

    Gambar oleh Infofoto

    PHNOM PENH, KEMBOJA, 10 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan berangkat menghadiri Majlis Royal Audience bersama Raja Kemboja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Preah Bat Samdech Preah Boromneath Norodom Sihamoni, yang berlangsung di Royal Palace, Phnom Penh, pagi tadi.

    Sejurus berangkat tiba di Royal Palace, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dialu-alukan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni. Baginda kemudiannya disertai oleh ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN lainnya bagi Majlis Royal Audience.

    Semasa majlis itu, Baginda Sultan menzahirkan penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni serta rakyat Kemboja atas sambutan dan layanan mesra terhadap Baginda dan delegasi Negara Brunei Darussalam semasa berada di Phnom Penh.

    Ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN berada di Phnom Penh adalah bagi menghadiri Sidang-sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 serta sidang-sidang kemuncak berkaitan yang akan bermula esok pagi, didahului dengan majlis pembukaan.

    Para pemimpin ASEAN kemudiannya akan mula bersidang semasa sesi pleno, diikuti dengan sesi retreat bagi mengetengahkan agenda dan keutamaan ketiga-tiga tunggak Komuniti ASEAN serta memperkukuhkan kerjasama ASEAN bersama rakan-rakan dialog semasa sidang-sidang kemuncak berkaitan nanti.

    Kemboja selaku Pengerusi ASEAN bagi 2022 menghoskan Sidang Kemuncak ASEAN kali ketiga selepas negara tersebut menjadi tuan rumah pada 2002 dan 2012.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Royal Audience bersama Raja Kemboja, KDYMM Preah Bat Samdech Preah Boromneath Norodom Sihamoni di Royal Palace, Phnom Penh, kelmarin.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan berangkat menghadiri Majlis Royal Audience bersama KDYMM Raja Norodom Sihamoni.
    Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama KDYMM Raja Norodom Sihamoni dan pemimpin-pemimpin ASEAN semasa Majlis Royal Audience.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda