Sunday, October 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan hantar perutusan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Ferdinand Romualdez Marcos Jr, Kerajaan serta rakyat Republik Filipina berikutan dengan kejadian ribut Tropika Kristine (Trami) yang telah melanda Republik Filipina baru-baru ini sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda awam.

    Sementara itu, dalam perutusan berasingan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Turkiye, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, kerajaan serta rakyat Republik Turkiye berikutan dengan serangan keganasan terhadap Turkish Aerospace Industries (TUSAS) di Ankara, Republik Turkiye baru-baru ini.

    GAMBAR FAIL SERAHAN JABATAN PERDANA MENTERI 
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda