Thursday, April 24, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan kurnia nama cucunda

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini memaklumkan bahawasanya Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan amat sukacita telah mengurniakan nama kepada cucunda Baginda, iaitu anakanda kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, dengan nama Yang Amat Mulia Pengiran Anak Nabeelah Najmul Bolqiah.

    Di kesempatan ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat Baginda seterusnya dengan sukacita mengurniakan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa meluaran tersebut dan juga kepada semua yang menyembahkan perutusan tahniah dan ucap selamat berikutan dengan meluaran cucunda Baginda pada 9 April jam 6:54 pagi.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan nama kepada cucunda Baginda dengan nama YAM Pengiran Anak Nabeelah Najmul Bolqiah. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda