Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Vice Admiral Aaron Beng, yang berlangsung di Istana Nurul Iman.
     
    Menyertai Tuan Yang Terutama ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Laurence Bay Siow Hon; Penasihat Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Negara Brunei Darussalam, Kolonel Peter Chee; Head of Joint Research Department, Kolonel Lim Huay Wen dan Head of Joint Manpower Department, Kolonel Joseph Peh dari Angkatan Bersenjata Republik Singapura.
     
    Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. 
     
    Sementara itu, secara berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap isteri kepada Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Sharon Beng.
     
    Menyertai Sharon Beng ialah isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Elizabeth Bay dan isteri kepada Penasihat Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Negara Brunei Darussalam, Ellis Chee. Juga hadir ialah isteri Pemerintah ABDB, Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini.
     
    Tahun ini Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura melakar detik bersejarah iaitu dengan sambutan 40 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dengan mempunyai sejarah kerjasama di bidang pertahanan yang teguh, merangkumi lawatan-lawatan, pertukaran profesional, aset-aset, eksesais, latihan dan kursus. 
     
    Dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman Kerjasama Bidang Pertahanan pada tahun 2016 telah membuka ruang kerjasama pertahanan yang semakin berkembang.
     
    Salah satu pencapaian hubungan ini adalah penyerahan dua kapal peronda Tentera Laut Republik Singapura iaitu Kelas ‘Fearless’ kepada Tentera Laut Diraja Brunei pada tahun 2023 yang kini dinamakan KDB As-Siddiq dan KDB Al-Faruq.
     
    TYT Vice Admiral Aaron Beng dan rombongan berada di negara ini bagi lawatan rasmi selama tiga hari bermula dari 31 Januari hingga 2 Februari. 
     
    Baginda Sultan berkenan menerima mengadap TYT Vice Admiral Aaron Beng, pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap Sharon Beng pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.- GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...