Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Berlian Fortune Pink dijual lebih AS$28 juta

    GENEVA, 9 NOV – Berlian Fortune Pink, batu permata gergasi amat unik, dijual lebih daripada AS$28.5 juta pada pelelongan di Geneva semalam kepada seorang pelanggan Asia.

    Pada 18.18 karat, batu permata itu adalah berlian berbentuk pear ‘merah muda’ terbesar pernah dilelong, menurut firma pelelongan Christie’s.

    Berlian berkilauan itu mempunyai harga lelong AS$24,615,150, naik kepada AS$28,570,150 dengan premium pembeli ditambah kepada harga.

    “Pembeli berasa gembira. Ia adalah impian menjadi kenyataan,” beritahu pekerja Christie’s kepada AFP, sementara merahsiakan nama pembeli.

    Berlian Fortune Pink, dilombong di Brazil, telah dianggarkan dijual di antara AS$25 juta dan AS$35 juta.

    Christie’s berkata berat dalam karat, 18.18, dianggap nombor bertuah di Asia, di mana ia melambangkan ‘kemakmuran’, justeru nama yang diberikan untuk berlian itu.

    “Memang sesuai ia dibeli oleh pelanggan Asia,” beritahu Rahul Kadakia, ketua barang kemas Christies’ kepada wartawan selepas jualan.

    “Ia adalah kumpulan pelanggan terpilih yang membeli pada peringkat ini. Saya berasa gembira kini ia disimpan oleh keluarga baharu yang akan menatap dan memakainya, dan saya berharap ia membawa tuah kepada mereka.” – AFP

    Gambar fail menunjukkan Fortune Pink, batu permata amat unik yang dijual lebih daripada AS$28 juta pada pelelongan di Geneva pada 8 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...