Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Ahli keluarga Ira Kazar terima notis peguam

    Pelakon Puteri Sarah Liyana, 37, mendakwa salah seorang ahli keluarga pihak defendan, Ira Kazar telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengannya menerusi media sosial, minggu lalu.

    Sehubungan itu, peguam Puteri Sarah melakukan penelitian berhubung kenyataan dikeluarkan dan mendapati individu itu melanggar perintah injuksi interim yang diserahkan kepada pihak defendan pada 28 Jun lalu.

    Puteri Sarah berkata, peguamnya menghantar satu notis komital, yakni penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai lalu kepada individu berkenaan.

    “Ada ahli keluarga pihak defendan melanggar perintah injuksi. Jadi, kes ini diserahkan kepada peguam.

    “Sepatutnya, pihak defendan tidak boleh mengeluarkan kenyataan atau menyebut nama saya dalam media sosial. Itu tidak sepatutnya berlaku.

    Puteri Sarah dimaklumkan oleh warganet berhubung kenyataan dikeluarkan oleh ahli keluarga Ira Kazar dari media sosial, minggu lalu. – Agensi

    “Disebabkan itu, peguam sudah dapat mengesan individu di kalangan ahli keluarga defendan membuat kenyataan membabitkan nama saya dalam media sosial,” katanya BH Online.

    Puteri Sarah ditemui ketika majlis anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, di sini, petang tadi.

    Isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof itu berkata, dia dimaklumkan berhubung perkara berkenaan oleh warganet.

    “Saya dapat tahu perkara ini selepas diberitahu warganet. Jika ikutkan, saya tak ambil tahu sebab terlalu sibuk dengan kerja.

    “Namun, warganet maklumkan dan saya terus menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk mendapatkan kepastian sama ada melanggar perintah injuksi atau tidak.

    “Peguam mengesahkan ia melanggar dan surat peguam sudah diserahkan kepada individu berkenaan, semalam,” katanya.

    Terdahulu, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira Kazar pada 28 Jun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...