Wednesday, March 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bermuda terima amaran taufan kategori 1

    SAN JUAN, PUERTO RICO, 21 SEPT – Peramal cuaca di Bermuda kelmarin memberi amaran mengenai ombak berbahaya dan arus deras ketika Taufan Nigel berputar di perairan terbuka di Atlantik Utara.

    Taufan kategori 1 itu terletak kira-kira 800 kilometer di tenggara Cape Race, Newfoundland. Ia membawa angin maksimum berterusan sekitar 140kmsj dan sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 48kmsj.

    Kelajuannya dijangka akan berkurang dalam beberapa hari mendatang, dan Nigel diramalkan menjadi siklon pasca-tropika menjelang esok.

    Bermuda telah mengalami kesan tiga ribut dalam sebulan yang lalu, meskipun tidak ada yang melanda secara langsung.

    “Ini adalah musim taufan yang sangat panjang dan berterusan,” kata Menteri Keselamatan Negara, Michael Weeks.

    Pusat Taufan Kebangsaan di Miami berkata Nigel berkemungkinan mencapai kekuatan maksimum dan dijangka akan mula melemah lewat petang kelmarin apabila ia bergerak ke perairan yang lebih sejuk dan menghadapi kelajuan angin kencang. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda