Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Bermula sebagai model, Lenny cabar diri jadi pelakon

    Melihat dunia lakonan mampu memberi impak kepada kerjaya sebagai model profesional, gadis berasal dari Bumi Kenyalang ini mencabar diri menyertai program realiti terbitan TV3, Fit For Action.

    Mula aktif dalam dunia modelling sejak 2018, Lenny Jemat mengambil haluan baharu dengan meningkatkan skil lakonan melalui bimbingan otai dalam program realiti yang berteras objektif melahirkan pelakon pelapis.

    “Saya sertai program Fit For Action kerana mahu mempelajari teknik lakonan daripada penerbit dan pengarah terhebat seperti Datuk Yusof Haslam, Aziz M Osman, Heykal Hanifah dan Ellie Suriaty,” katanya.

    Lenny pernah memenangi pertandingan ratu cantik Miss Borneo 2020 dan Miss Perfection 2020 di Bulgaria.

    Selain meningkatkan skil lakonan, Lenny, 29, percaya pembabitannya dalam program Fit For Action mampu melengkapkan diri berdepan impak kemasyhuran termasuk kontroversi yang menjadi rencam anak seni.

    Lenny yakin bakat lebih terjamin daripada hanya bergantung kepada pengikut laman sosial untuk menaikkan nama. – Agensi

    Lenny yang pernah berdepan situasi berat dalam hidupnya percaya persediaan mental amat penting dalam berdepan kontroversi.

    “Kita kena pandai kawal dan uruskan kontroversi. Usah cepat melatah,” katanya.

    Namun, Lenny percaya bakat penting untuk mencuba pelbagai bidang termasuk lakonan.

    “Apabila sudah ada bakat, ia boleh diasah untuk menjadi yang lebih baik.

    “Jika sudah dibuat dengan baik dan bermutu, barulah orang akan ambil perhatian, kenal, puji, komen dan hargai lakonan kita.

    “Dengan cara ini, nama kita boleh naik. Cara ini tidak perlu ada pengikut dalam media sosial untuk memulakan karier.

    “Bakat lebih terjamin daripada hanya bergantung kepada pengikut laman sosial untuk menaikkan nama kita,” katanya.

    Fit For Action adalah program realiti baharu TV3 yang berkonsep cabar lakon layar dan fizikal.

    Melalui program ini, 12 peserta lelaki dan wanita dinilai melalui ketahanan ujian fizikal dan mental, selain penghayatan watak serta penghafalan skrip. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...