Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bersama lahirkan belia berwawasan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Dalam usaha mendekati para remaja di sekolah-sekolah supaya mereka peka dengan perkembangan semasa, Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik telah mengadakan Program Rakan Remaja Penerangan (RRP) di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna (SMPAPHM), baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada program yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan ialah Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Haji Mohamad @ Mohamat.

    Turut hadir ialah Pengetua SMPAPHM, Hajah Adinawati binti Haji Sarwadi; Ketua Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya, guru-guru kanan, tenaga pengajar dan para penuntut sekolah berkenaan.

    Program yang dihadiri oleh 152 orang penuntut Tahun 9 dan 10 tersebut juga bertujuan menanamkan semangat kenegaraan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan remaja serta menjadikan pelajar sebagai ejen dalam penyebaran maklumat yang positif dan berkesan kepada rakan sebaya.

    Selain itu, ia juga dihasratkan dapat memberikan sivik dan semangat kenegaraan terutama kepada golongan remaja ke arah pembentukan minda dan moral positif dan dalam masa yang sama, ianya adalah untuk mendekati golongan belia dan remaja di sekolah-sekolah melalui seni hiburan yang terarah dan terpimpin.

    Awang Julaihi menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang kuiz pada program tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Antara persembahan daripada pelajar sekolah. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu patriotik Bendera Negara dan lagu Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dibacakan oleh Haji Mohd Azmin bin Haji Ridzuan.

    Hajah Adinawati dalam ucapannya antara lain menyatakan sokongan dan penglibatan dalam program-program seperti ini yang pihak sekolah inginkan dalam sama-sama membentuk generasi masa depan yang berkualiti.

    Beliau menambah, program RRP juga merupakan salah satu usaha yang sangat relevan dalam sama-sama melahirkan para belia yang berwawasan; tambahan lagi dalam situasi dunia yang semakin penuh dengan cabaran terutama dengan cabaran teknologi maklumat yang semakin terbuka dan bebas.

    Taklimat bertajuk Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam disampaikan oleh Pegawai Penerangan selaku Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim. Video animasi Tatacara Mengibarkan Bendera terbitan Jabatan Penerangan turut ditayangkan bagi meningkatkan lagi kefahaman penuntut mengenai taklimat yang disampaikan.

    Program turut diserikan dengan persembahan daripada penuntut sekolah berkenaan dan artis-artis undangan. Antara persembahan penuntut ialah permainan gulintangan, tarian Temarok, nyanyian berkumpulan lagu Jiwa yang Bersedih dan nyanyian solo oleh Dayangku Sarah Adriana binti Pengiran Indra Jaya dengan lagu Retak Hatiku.

    Program juga dimeriahkan dengan pentomin bertajuk Sedar oleh Kumpulan Pento Z (PGS RMF Music Studio) dan lawak jenaka daripada Kumpulan Jimman yang antaranya memberikan kesedaran tentang isu-isu sosial dan pengaruh media sosial dalam kalangan remaja.

    Turut diselitkan nyanyian daripada artis undangan iaitu Awangku Muhd Nurehsan Luqman Al-Hakeem bin Pengiran Shaiful Rezal Malek Faesal dan Awangku Muhd Nursyafiq Luqman Al-Hakeem bin Pengiran Shaiful Rezal Malek Faesal.

    Kuiz Kenegaraan turut diadakan bagi menguji kefahaman penuntut yang hadir tentang taklimat yang disampaikan pada awal program. Penyampaian cenderamata kepada pemenang kuiz disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...