Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Berseronok semasa musim Chillai Kalan

    SRINAGAR, INDIA – Langit mendung. Di dataran, suhu telah menurun di bawah paras beku. Di kawasan tinggi di pergunungan, puncak diliputi salji tebal.

    Ini adalah masa ‘Chillai Kalan,’ juga dipanggil ‘Musim Sejuk Hebat,’ frasa Kashmir yang mentakrifkan 40 hari sejuk paling teruk di Kashmir yang bermula pada akhir Disember dan berlanjutan sehingga ke Januari dan awal Februari.

    Terkenal dengan pemandangan landskapnya yang menakjubkan, Kashmir pada musim sejuk berubah menjadi alam ajaib. Pelancong memenuhi hotelnya untuk bermain ski, menaiki kereta luncur dan menerokai landskap Himalaya.

    Tetapi musim sejuk juga membawa keadaan cuaca yang paling mencabar di rantau ini, menjejaskan rutin harian dalam sektor pertanian, pengangkutan serta mata pencarian lain.

    Bagi penduduk tempatan, sumber utama haba datang daripada kanger, periuk berisi bara arang panas yang disimpan di dalam pheran mereka, iaitu jubah tradisional paras lutut.

    Budak-budak kampung Kashmir meluncur turun cerun bersalji dengan kereta luncur salji di kampung Drang. – AP
    Pelancong dari Kenya duduk berdekatan unggun api di luar kotej di kampung Drang, barat laut Srinagar. – AP
    Mohammad Shafa, pekedai Kashmir menjual selimut, bergambar bersama bekas api tradisional bergelar kanger, untuk memanaskan badannya di Srinagar. – AP
    Pelancong melawat air terjun yang sebahagiannya beku di kampung Drang, barat laut Srinagar, Kashmir. – AP
    Asim Ahmed menyediakan ‘Harisa’ sebelum menghidangkannya kepada pelanggan. Harisa ialah masakan musim sejuk yang dijual pada awal pagi di kedai khas bernama Harisa Wan. – AP
    Nelayan Kashmir mendayung sampannya di Tasik Dal yang diselubungi kabus tebal di Srinagar. – AP
    Kayu api digunakan untuk memasak dan memanaskan disimpan di bawah pondok di kampung Drang. – AP

    Berasa amat selesa dengan kehangatannya, orang ramai hanya keluar untuk bekerja dan mendapatkan keperluan lain.

    Suhu bawah sifar di Kashmir, wilayah yang telah dibelenggu oleh konflik selama beberapa dekad, juga berlaku serentak dengan bekalan elektrik yang kerap terputus. Ia adalah salah satu daripada krisis lembah indah yang telah lama wujud dan tidak diselesaikan.

    Tahun ini gangguan bekalan elektrik tidak berjadual, kadangkala berlarutan selama 12 hingga 16 jam, telah mengganggu penjagaan pesakit bagi mereka yang mengalami penyakit pernafasan dan menjejas perniagaan.

    Penduduk telah lama menuduh New Delhi menyekat potensi kuasa hidro mereka, kerana kebanyakan kuasa yang dihasilkan secara tempatan disalurkan ke pelbagai negeri India, meninggalkan 13 peratus untuk Kashmir. Rantau tersebut mesti membeli elektrik pada harga yang lebih tinggi daripada grid utara India untuk memenuhi permintaan.

    Keheningan musim sejuk di Kashmir, bagaimanapun, juga menjanjikan kemeriahan menjelangnya ketibaan musim bunga. Cuaca sejuk memulihkan dan menyegarkan ladang dan kebun, tonggak ekonomi rantau ini, dan salji menambah aliran air tawar. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...