Saturday, February 24, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    CyberSecurity keluar amaran aktiviti menyamar melalui WhatsApp

    KUALA LUMPUR, 7 DIS – CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran berhubung aktiviti penyamaran melalui akaun WhatsApp dengan menipu mangsa untuk memindahkan wang.

    CyberSecurity Malaysia dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan terdapat aktiviti penipuan menggunakan aplikasi itu dengan pelaku menyamar sebagai individu dikenali mangsa sebelum menghantar satu pautan dan meminta mangsa untuk klik pada pautan berkenaan.

    Menurutnya mangsa kemudian kehilangan akses ke akaun WhatsApp sendiri.

    “Penipu akan mengambil alih akaun WhatsApp yang diceroboh dan menggunakan identiti mangsa untuk melakukan penipuan. Penipu akan menyamar sebagai mangsa dengan menghantar mesej kepada kenalan-kenalan mangsa melalui akaun WhatsApp berkenaan,” menurut kenyataan itu.

    CyberSecurity Malaysia berkata penipu menggunakan teknik melibatkan kandungan teks yang mendakwa mangsa berada dalam situasi bahaya dan memerlukan bantuan atau pinjaman kewangan bagi membantunya keluar dari krisis atau kes kecemasan serta berjanji akan membuat pembayaran balik.

    Dalam situasi ini, kenalan mangsa akan terpedaya dan mempercayai mesej itu dihantar oleh rakan mereka yang memerlukan wang. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh rancang hasilkan vaksin FMD untuk ternakan

    DHAKA, 23 FEB - Menteri Perikanan dan Ternakan Bangladesh, Abdur Rahman berkata kerajaan mempunyai rancangan untuk menghasilkan vaksin penyakit kaki dan mulut (FMD) untuk...