Tuesday, April 30, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Bicara kes bekal tepung istana bermula

    Oleh Fadley Faisal – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Kes melibatkan tiga rakyat Malaysia yang menghadapi 45 pertuduhan bersubahat menipu Hyatt Borneo Management Services (HBMS), penyedia perkhidmatan yang berpangkalan di Istana Nurul Iman, telah bermula dengan pihak pendakwaan memanggil seorang pembuat roti untuk memberikan keterangan di Mahkamah Majistret, hari ini.

    Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah binti Abdul Rahman dan Pendakwa Raya Atiyyah Abas telah memaklumkan semua pihak bahawa mereka telah memberikan salinan dokumen dan bukti forensik digital yang dimaksudkan sebagai bukti pendakwaan.

    Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menangguhkan perbicaraan sehingga 24 April bagi membolehkan pemeriksaan dokumen-dokumen asal oleh pihak pembelaan sebelum memanggil saksi-saksi lain.

    Peguam Bela Ang Swee Kiang dari Tetuan Yu dan Chiew mewakili Sam Ying Kok dan Abdul Sani bin Abdul Mutalib diwakili oleh Sharah Abdul Hamid dari Tetuan ZS Legal manakala itu Juanita binti Dato Paduka Haji Jemat dari Messrs Fathan and Co mewakili Iskak bin Rahmat.

    Pertuduhan-pertuduhan berkenaan dikemukakan hasil siasatan yang dijalankan oleh Biro Mencegah Rasuah (BMR).

    Gambar Freepik

    Dalam penemuan mereka, Perusahaan Ala Haji Bolhassan, pembekal lama tepung kepada HBMS telah membekalkan tepung penaik jenama Dawn yang tamat tempoh kepada HBMS.

    Tepung berkenaan didakwa lebihan daripada tempahan yang dibuat oleh Perusahaan Ala Haji Bolhassan semasa pandemik COVID dan tidak terjual sehingga tarikh luput. Selepas sekatan COVID ditarik balik, syarikat itu menjual tepung yang telah tamat tempoh kepada HBMS.

    BMR melancarkan siasatan pada Jun 2022 di mana mereka menahan Pengurus Besar Perusahaan Ala Haji Bolhassan, Sam, 51; Cef Pastri HBMS, Iskak, 56; dan Pengurus Bahan HBMS, Abdul Sani, 56.

    Pertuduhan-pertuduhan menyatakan bahawa Sam bersubahat dengan Iskak dan Abdul Sani untuk menipu HBMS untuk mempercayai bahawa tepung Dawn yang dibekalkan dan dihantar oleh Perusahaan Ala Haji Bolhassan antara 1 Februari 2021 dan 1 Mac 2022 masih boleh digunakan apabila ia telah tamat tempoh.

    Dengan penipuan itu, HBMS mengarahkan dan seterusnya membuat pembayaran berjumlah $25,780.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...