Wednesday, May 1, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kes pandu bahaya ditangguhkan

    Oleh Nour Maghfirah – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Seorang warga Filipina yang dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan dua minggu kelmarin kerana memandu secara berbahaya yang menyebabkan kematian, turut diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman oleh mahkamah.

    Elmer Endaya Passion, 47, kini diikat jamin selepas peguamnya, Ahmad Basuni Abbas memohon penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan.

    Secara ringkasnya, Pendakwa Raya Ahmad Firdaus Mohammad berkongsi di mahkamah bahawa defendan yang memandu pada 24 April 2019, sedang mencari alamat penjual rim sport kereta.

    Dia singgah di sebuah kedai untuk menerima panggilan daripada majikannya yang meminta dia menjemput anak majikannya dari sekolah. Pada mulanya dia merancang membuat satu laluan, namun kemudian memutuskan untuk membuat pusingan U bagi mengambil laluan balik yang lebih cepat.

    Kira-kira 1:30 tengah hari, apabila cuba membuat pusingan U tanpa kebenaran, dia bertembung dengan sebuah kereta dari arah depan yang pemandunya sedang membawa anaknya ke sekolah, mengakibatkan anak lelaki itu maut dan pemandunya cedera.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...