Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Biden hadapi protes semasa majlis tamat pengajian

    ATLANTA, 20 MEI – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden kelmarin berkata bahawa dia mendengar suara penunjuk perasaan perang Gaza apabila beberapa pelajar membelakangi beliau semasa ucapan majlis tamat pengajian di universiti bekas ikon hak sivil, Martin Luther King Jr.

    Sebilangan kecil graduan melakukan protes secara senyap dengan beberapa memegang bendera Palestin dan seorang mengangkat penumbuk ketika Biden bercakap di Kolej Morehouse, sebuah universiti yang bersejarah untuk komuniti kulit hitam di Atlanta, Georgia.

    Yang lain memakai skaf keffiyeh di atas jubah mereka sebagai tanda solidariti dengan protes yang telah menggemparkan kampus di seluruh AS berhubung serangan Israel di Semenanjung Gaza selepas serangan Hamas pada 7 Oktober.

    “Saya menyokong protes secara aman dan tanpa kekerasan. Suara awda perlu didengari, dan saya berjanji kepada awda bahawa saya mendengarnya,” kata Biden, yang memakai jubah merah marun dan hitam sesuai dengan warna universiti lelaki tersebut.

    Ucapan itu merupakan pertemuan paling langsung Biden dengan pelajar Amerika sejak protes Gaza melanda kampus di seluruh negara, menyebabkan dia mengalami masalah politik menjelang perlawanan semula pilihan raya menentang Donald Trump hanya tinggal lebih enam bulan lagi.

    “Ini adalah salah satu masalah paling sukar dan paling rumit di dunia. Tidak ada yang mudah mengenainya,” tambah Biden mengenai Gaza.

    “Saya tahu ia menimbulkan kemarahan dan mengecewakan ramai daripada awda, termasuk keluarga saya, tetapi yang paling penting, saya tahu ia menghancurkan hati awda. Ia juga menghancurkan hati saya.”

    Dia tidak mengulas lanjut, tetapi dilaporkan bahawa Wanita Pertama, Jill Biden menggesa presiden pada April untuk menghentikannya sekarang ketika jumlah orang awam Palestin meningkat akibat serangan Israel. – AFP

    Biden memerikan ucapan semasa majlis makan malam Fight for Freedom Fund cawangan NAACP Detroit di Detroit, pada 19 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...