Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bilal Saeed mohon maaf selepas kena kecam

    Penyanyi popular Pakistan tampil memohon maaf secara terbuka susulan insiden membaling mikrofon ke arah penonton dalam sebuah acara persembahan baru-baru ini.

    Mengakui kesilapan dilakukan, Bilal Saeed, 35, turut mengakui tindakan spontan itu tidak wajar dilakukan.

    “Ini bukan pertama kali kejadian peminat bertindak di luar kawalan namun ini adalah kali pertama saya salah dalam tindakan.

    “Saya tidak sepatutnya meninggalkan pentas,” katanya.

    “Bilal menulis perkara tersebut di Instagram miliknya berserta gambar ketika dia hadir pada acara berkenaan.

    Bilal menyesal atas tindakan yang dilakukan. – mStar

    Menurut laporan mStar, penyanyi yang popular dengan lagu Teri Khair Mangdi ini menimbulkan rasa kurang senang peminat susulan kejadian di konsert Punjab Group of Colleges yang berlangsung di Phalia, Pakistan.

    Menerusi video yang tular, Bilal dilihat hilang sabar selepas seorang peminat dipercayai melakukan aksi keterlaluan dek kerana terlalu teruja.

    Bukan itu sahaja, Bilal juga terus meninggalkan pentas berkenaan dan menghentikan persembahan.

    Sementara itu, Bilal juga turut meminta peminatnya agar tidak mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.

    “Berada di atas pentas adalah segala-galanya bagi saya. Saya boleh melupakan tekanan, rasa sakit atau apa sahaja ketika menghiburkan peminat.

    “Bagaimanapun tidak ada yang patut mencemarkan persembahan atau pentas yang telah disediakan untuk saya,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda