Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bilik sewa ‘sarang burung’ digempur

    KUALA LUMPUR, 19 OKT – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi amaran akan terus menggempur premis komersial dan kediaman yang diubah suai untuk dijadikan bilik sewa umpama ‘sarang burung’, kata Menterinya, Nga Kor Ming.

    Beliau berkata ini berikutan terdapat pemilik premis kediaman yang bertindak mengubah suai rumah dan bilik mereka tanpa kelulusan pihak berkuasa.

    Katanya, pemilik premis harus mematuhi garis panduan serta spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pihak Berkuasa Tempatan, supaya tidak terdedah dengan risiko bahaya kebakaran.

    Beliau berkata tindakan susulan akan diambil bagi memastikan peruntukan undang-undang dapat dikuatkuasakan dan keselamatan nyawa dan harta daripada risiko kebakaran dapat dipelihara atau dilindungi.

    “Antara tindakan akan diambil termasuk mengeluarkan Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran di bawah Seksyen 8 Akta 341, memberi suatu tempoh sesuai kepada pemunya premis untuk mematuhi notis dan sekiranya tidak dipatuhi, satu kertas siasatan akan dibuka bagi tujuan pendakwaan,” katanya selepas Operasi Menghalang Bahaya Kebakaran (MBK) di Taman Maluri, di sini, hari ini.

    Operasi MBK dilaksanakan setelah pemilik premis yang menyediakan perkhidmatan bilik sewa umpama ‘sangkar burung’ seakan ‘liang lahad’ di Taman Maluri gagal mematuhi amaran diberikan kerana membuat pengubahsuaian bangunan tanpa kebenaran. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...