Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BIMP-EAGA kukuh kerjasama serantau

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri-menteri BIMP-EAGA ke-26 dan mesyuarat berkaitan yang diadakan di The Empire Brunei, hari ini.

    Mesyuarat berkenaan telah dihadiri oleh menteri-menteri BIMP-EAGA, ketua-ketua menteri dan gabenor BIMP-EAGA, pegawai-pegawai kanan BIMP-EAGA, Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Sekretariat ASEAN.

    Dalam ucapan pembukaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew mengesahkan beberapa pencapaian di peringkat ASEAN dan menekankan keperluan bagi BIMP-EAGA untuk memanfaatkan inisiatif-inisiatif tersebut ke arah mencapai Visi BIMP-EAGA 2025.

    Yang Berhormat Dato juga menekankan kepentingan bagi menggubal pelan strategik dan dasar BIMP-EAGA dan mengambil kira trend serantau dan antarabangsa dengan memperkukuhkan kerjasama dan komitmen ke arah mencapai Visi BIMP-EAGA 2025 dan ke depannya.

    Mesyuarat turut mengambil maklum hasil Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan BIMP-EAGA ke-31 yang antara lain mengenai pelaksanaan Rolling Pipelines of Projects bagi 2023 hingga 2025, termasuk pelancaran laman web statistik.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyaksikan penandatanganan LoI on One Borneo Quarantine Initiative. – Gambar oleh Adib Noor
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew dan perwakilan BIMP- EAGA yang hadir pada majlis tersebut bergambar ramai. – Gambar oleh Adib Noor

    Di samping itu, mesyuarat juga merebiu semula memorandum persefahaman mengenai pengangkutan darat dan laut bagi memastikan ia sejajar dengan perkembangan terkini serta untuk mengukuhkan kerjasama dengan rakan-rakan pembangunan.

    Selain, sidang menteri juga mengalu-alukan penemuan awal kajian mengenai reviu dan penilaian Koridor Ekonomi BIMP-EAGA dan Joint BIMP-EAGA and Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) Blue Economy Strategy 2030, dan menyaksikan penandatanganan Letter of Intent (LoI) on One Borneo Quarantine Initiative oleh pegawai-pegawai kanan BIMP-EAGA.

    Mesyuarat juga mengambil maklum cadangan-cadangan daripada Forum Ketua Menteri, Gabenor dan Kerajaan Tempatan (CMFLF) ke-5, ini antara lain untuk membangunkan persekitaran yang membolehkan memajukan perniagaan serta perdagangan dan pelaburan intra dan ekstra EAGA.

    Di samping itu juga untuk mengukuhkan perkongsian awam-swasta dan perkongsian amalan terbaik dalam tadbir urus tempatan, dan menginstitusikan perjanjian berkembar seluruh EAGA bagi menggalakkan kesalinghubungan people-to-people yang lebih kukuh dan aktiviti sosioekonomi yang lain.

    Mesyuarat berkenaan telah didahului dengan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan BIMP-EAGA ke-31 dan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan BIMP-EAGA Bersama Republik Rakyat China, yang masing-masing telah diadakan pada 24 dan 25 Oktober.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...