Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bincang inisiatif majukan ekonomi negara

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan Sesi Muzakarah di antara ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), di sini, hadir selaku pengerusi semasa Sesi Muzakarah berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, setiausaha tetap, pemangku setiausaha-setiausaha tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Cental Bank, timbalan setiausaha tetap berserta ketua-ketua jabatan dan bahagian Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Manakala rombongan daripada ahli MMN diketuai oleh Yang Berhormat Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, yang juga telah menyampaikan ucapan balas semasa permuzakarahan berkenaan.

    Sesi muzakarah berkenaan merupakan sebuah platform perbincangan serta bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan secara konstruktif dalam mencapai objektif yang sama dalam memajukan ekonomi negara melalui perbelanjaan negara yang relevan dan berdaya tahan, demi sama-sama menjaga kemakmuran rakyat pada masa ini dan generasi yang akan datang.

    Selain itu, ahli-ahli MMN telah mendengarkan inisiatif-inisiatif dan pencapaian-pencapaian MOFE bagi tahun 2023.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew semasa menghadiri sesi muzakarah berkenaan. – Gambar serahan MOFE
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...