Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bintang muda Juve disiasat

    ROM, 11 OKT – Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) sedang menyiasat pemain tengah Juventus, Nicolo Fagioli atas kemungkinan pertaruhan sukan.

    FIGC memberitahu AFP hari ini bahawa mereka telah membuka kertas siasatan ke atas pemain berusia 22 tahun itu, yang membuat satu penampilan bersama pasukan Itali dan telah dinobatkan sebagai pemain bawah 23 tahun terbaik dalam Serie A musim lalu, pada Ogos.

    Media Itali melaporkan bahawa pejabat pendakwa Turin juga telah membuka kertas siasatan.

    Fagioli disyaki menggunakan pelbagai identiti untuk membuat pertaruhan di laman web haram.

    Jika didapati melanggar kod keadilan sukan FIGC, yang melarang pemain profesional daripada bertaruh pada bola sepak, dia boleh dikenakan penggantungan selama tiga tahun dan denda sebanyak 25,000 euro.

    Apabila dihubungi oleh AFP, Juventus enggan memberi sebarang komen.

    Musim ini, Fagioli telah bermain dalam enam perlawanan untuk Juventus, yang berada di tangga ketiga dalam Serie A.

    Kelab tersebut telah menghadapi kontroversi di luar padang pada tahun ini.

    Musim lalu telah didominasi oleh skandal penipuan dan kelab tersebut gagal mendapatkan tempat dalam Liga Juara-juara selepas FIGC memotong 10 mata.

    Pemain tengah antarabangsa Perancis, Paul Pogba telah digantung daripada bermain sejak 11 September berikutan ujian doping positif dan berdepan kemungkinan penggantungan selama empat tahun. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda