Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Blinken hadir Piala Dunia FIFA minggu depan

    MOSCOW, 15 NOV – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken akan menonton Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar minggu depan, lapor akhbar harian politik yang berpangkalan di AS, Politico hari ini.

    Menurut agensi berita Rusia TASS yang memetik laporan itu, Blinken bersedia untuk menghadiri perlawanan kejohanan bola sepak dunia empat tahun sekali itu pada 21 November membabitkan pasukan AS menentang Wales.

    Blinken juga dijangka mengadakan perbincangan dengan pemimpin Qatar, namun belum ada butiran lanjut mengenainya.

    Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022 dari 20 November hingga 18 Disember dengan perlawanan berlangsung di lapan stadium di lima bandar iaitu di Doha, Lusail, Al Wakrah, Al Khor dan Al Rayyan.

    Qatar memenangi hak untuk menganjurkan perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 pada 2 Disember 2010. – Bernama

    Antony Blinken bercakap mengenai isu sampingan sidang kemuncak ASEAN di Phnom Penh pada 12 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...