Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BNSRC sambut Hari Strok Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Brunei Neuroscience Stroke and Rehabilitation Centre (BNSRC) di Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) memperingati Hari Strok Sedunia dengan pameran selama dua hari hingga hari ini di Pusat Membeli-belah OneCity, Kampung Salambigar.

    Pelancaran pameran berkenaan disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku tetamu kehormat majlis.

    Hari Strok Sedunia disambut pada setiap 29 Oktober dan berfungsi sebagai platform global untuk menggalakkan tindakan terhadap isu berkaitan strok di seluruh dunia.

    Tema tahun ini, Lebih daripada Strok, menekankan kekuatan yang dimiliki semua orang dalam mengatasi strok, sambil menekankan keperluan untuk bekerjasama dalam pencegahannya.

    Acara pameran bertujuan untuk menarik minat orang ramai dengan mengadakan jerayawara bagi memperkenalkan orang ramai kepada perkhidmatan yang ada di PJSC yang berkaitan dengan strok.

    Selain itu, acara juga dimeriahkan dengan permainan dan kuiz bagi meningkatkan lagi mesej tentang pencegahan strok kepada pengunjung di samping cabutan bertuah bagi yang berjaya dalam permainan dan cabaran bertemakan pencegahan strok.

    Dengan adanya acara seumpama ini, ia diharap akan dapat menyebar luaskan lagi kesedaran tentang kepentingan pencegahan strok melalui promosi gaya hidup yang lebih sihat, meningkatkan pengetahuan tentang tanda dan gejala strok dan menitik beratkan kepentingan rawatan perubatan segera dan membantu pemulihan serta memberi sokongan padu kepada mangsa strok yang terselamat.

    Majlis diteruskan dengan menyaksikan tetamu kehormat menyerahkan sijil penghargaan kepada para penaja sebelum dibawa melawat ke petak-petak pameran yang berkaitan dengan strok dan sebagainya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin ketika melawat salah satu petak pameran tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang dipamerkan pada acara tersebut di Pusat Membeli-belah OneCity, Kampung Salambigar. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...