Wednesday, April 23, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Boleh jadi baik atau sebaliknya’

    FUKUOKA, JEPUN, 7 OGOS – Manfaat sains dan teknologi boleh membawa kepada kebai-kan atau sebaliknya kepada manusia dan keputusannya terletak di tangan mereka, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Beliau berkata, masalah yang berhubung dengan sains dan teknologi bukanlah mengenai lahiriah tetapi manusia yang mengendalikannya.

    Beliau memberi contoh senario sebilah pisau di mana alat itu boleh digunakan untuk mengukir sesuatu menjadi cantik dan sebaliknya boleh juga digunakan secara salah untuk membunuh manusia.

    “Sains dan teknologi boleh digunakan untuk kebaikan manusia atau merosakkan manusia. “Bukannya sains dan teknologi itu yang tidak baik tetapi keputusan manusia apabila mereka menemui sesuatu untuk membunuh manusia,” katanya ketika berucap kepada peserta sekolah musim panas Japan Future Leaders School di sini, hari ini mengenai ‘How Science and Technology will Contribute to World Peace’’. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda