Monday, April 28, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bolivia, Chile mansuh keperluan visa diplomatik untuk perkukuh hubungan

    LA PAZ, 28 APRIL – Bolivia dan Chile menandatangani perjanjian pada Sabtu untuk memansuhkan keperluan visa dan permit pemastautin rasmi bagi pemegang pasport diplomatik dan rasmi dari kedua-dua negara.

    Perjanjian itu dimeterai di Lapangan Terbang Viru Viru, Santa Cruz oleh Menteri Luar Bolivia Celinda Sosa dan Timbalan Menteri Luar Chile Gloria de la Fuente, sempena pelancaran penerbangan sulung Boliviana de Aviacion (BoA) ke Santiago.

    Sosa berkata pemansuhan itu mencerminkan kepercayaan dan penghormatan bersama yang semakin kukuh antara kedua-dua negara, selain memudahkan urusan diplomatik dan konsular serta mengeratkan lagi hubungan dua hala.

    Melalui perjanjian itu, perjalanan dan urusan kediaman bagi diplomat serta keluarga mereka akan menjadi lebih mudah, langkah yang dilihat mampu memepererat hubungan institusi dan memajukan integrasi serantau.

    “Kami menghargai kesediaan Chile untuk bekerjasama dalam perjanjian ini,” kata Sosa sambil menyifatkan inisiatif itu sebagai satu lagi langkah ke arah kerjasama yang lebih meluas demi manfaat kedua-dua negara.

    Beliau menegaskan komitmen Bolivia terhadap dasar luar berasaskan dialog, integrasi serantau dan hubungan dua hala yang harmoni. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda