Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bolsonaro ingin pulang ke Brazil

    WASHINGTON, 12 FEB – Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro lewat semalam berkata beliau merancang pulang ke Brazil ‘pada minggu-minggu akan datang’ selepas tiba di Amerika Syarikat (AS) pada Disember.

    “Saya juga mahu kembali ke Brazil.

    “Saya berhasrat pulang ke Brazil pada minggu-minggu akan datang,” kata bekas pemimpin itu semasa bertemu dengan penyokong Brazil di Boca Raton, Florida, menurut video yang disiarkan oleh CNN Brazil.

    Bolsonaro mengunjungi AS pada akhir Disember, beberapa hari sebelum penyokong menyerbu bangunan kerajaan di Brasilia dalam usaha menarik balik kemenangan pilihan raya pesaingnya, Luiz Inacio Lula da Silva. – AFP

    Presiden Jair Bolsonaro (kanan) bercakap di samping Charlie Kirk pada acara TOUSA di Trump National Doral Miami pada 3 Februari 2023 di Doral, Florida. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...