Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bom era Perang Dunia Kedua dimatikan

    ROM, 1 DIS – Lebih 10,000 penduduk tengah Turin dipindahkan hari ini sementara pakar pemusnah bom mematikan bom Britain dari era Perang Dunia Kedua, kata pihak berkuasa tempatan.

    Semua penduduk diberitahu supaya meninggalkan ‘zon merah’ di sekitar Jalan Nizza di daerah bersejarah bandar, sementara 50,000 orang lagi di kawasan luar dinasihatkan sama ada keluar atau tinggal dalam rumah mereka dari pukul 7 pagi hingga 4 petang.

    Pakar dipanggil untuk mematikan bom seberat 500 paun yang digugurkan oleh tentera Britain ke atas bandar itu lebih daripada 70 tahun lalu.

    Datuk Bandar Turin Chiara Appendino hadir di tapak dan juga merancang untuk melawat mereka yang telah berpindah ke bangunan di tapak pesta di pinggir bandar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda