Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Bomba S’wak tingkatkan rondaan sempadan

    KUCHING, 19 OGOS – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak meningkatkan rondaan dan langkah advokasi di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia bagi menghalang aktiviti pembakaran terbuka yang mengakibatkan jerebu, kata Pengarahnya Datuk Khirudin Drahman.

    Beliau berkata ini berikutan laporan aktiviti kebakaran terbuka yang dibuat sebuah syarikat penerbangan, MASwings kepada jabatan itu semalam di Long Seridan, sebuah penempatan berdekatan sempadan yang terletak kira-kira 275 kilometer (km) ke timur bandar raya Miri.   

    “Setelah menerima laporan, kita hantar helikopter ke kawasan itu untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan keluasan kira-kira 0.4 hektar.

    “Kita juga minta pihak yang mengeluarkan permit pembakaran terbuka menghentikan sementara kebenaran tersebut,” katanya kepada pemberita selepas program Kempen Keselamatan Kebakaran untuk Kanak-Kanak di sini hari ini.

    Menurutnya rondaan jabatan itu bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) di sembilan kawasan yang telah dikenal pasti sebagai titik panas untuk menghalang berlakunya pembakaran terbuka. – Bernama

    Datuk Khirudin Drahman (dua, kiri) menghadiri program Kempen Keselamatan Kebakaran untuk Kanak-kanak di sebuah pusat membeli-belah kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...