Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot bawa 100 Rohingya ditemui di Indonesia

    INDONESIA, 20 OKT – Sebuah bot yang sarat dengan lebih 100 pelarian Rohingya dikesan di luar wilayah paling barat Indonesia dengan satu mayat ditemui di dalamnya, kata pegawai tempatan kelmarin.

    Bot Rohingya itu berlabuh sekitar lima hingga enam kilometer di luar pantai daerah Aceh Selatan dengan enjinnya dimatikan, kata ketua masyarakat, Muhammad Jabal, kepada AFP.

    Beliau berkata bot itu pertama kali dilihat Jumaat lalu ketika dia dan yang lainnya bertolak untuk menghantar makanan dan air kepada pelarian, di mana dianggarkan lebih 100 penumpang berada di dalamnya.

    “Saya melihat mayat dengan mata kepala saya sendiri. Terdapat juga ramai kanak-kanak di atas bot itu,” kata Jabal.

    Sehari sebelum bot itu dilihat, mayat wanita Rohingya ditemui di laut.

    Ketua polis tempatan, Sabda Man Sobri mengesahkan mayat itu merupakan ahli kumpulan etnik itu, tetapi tidak dapat mengulas sama ada dia mempunyai kaitan dengan bot itu.

    Jurucakap Daerah Aceh Selatan, Yuhelmi, mengesahkan penemuan bot itu dan berkata penduduk tempatan sedang menunggu pasukan imigresen dari ibu kota wilayah Banda Aceh tiba sebelum memikirkan langkah seterusnya untuk pelarian tersebut. – AFP

    Pelarian Rohingya teralntar di atas bot ketika kakitangan agensi mencari dan menyelamat Indonesia membantu mereka yang sakit turun dari kapal di Labuhan Haji, wilayah Aceh Selatan pada 20 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda