JAKARTA, 27 APRIL – Sebuah bot laju penumpang yang membawa kira-kira 80 orang telah terbalik di perairan wilayah Riau di barat Indonesia hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang maut dan beberapa lagi terperangkap di dalam bot karam itu, kata seorang pegawai.
Bot laju, SB Evelyn Calisca 01, itu karam di perairan Pulau Burung, daerah Indragiri Hilir kira-kira pukul 4 petang waktu Jakarta (0900 GMT), Kukuh Widodo, pegawai akhbar di pejabat mencari dan menyelamat wilayah, memberitahu Xinhua melalui telefon.
“Setakat ini lima mayat telah ditemui dan beberapa penumpang masih terperangkap di dalam bot,” katanya.
Pasukan penyelamat cuba mengeluarkan mangsa dari bot, mengatakan bahawa beberapa orang telah diselamatkan daripada kejadian maut itu, kata Widodo. – Xinhua