Friday, September 20, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    BPHP, YKN kerjasama bina Anjung Kasih Hospital Bintulu

    BINTULU, 19 SEPT – Bintulu Port Holdings Berhad (BPHP) menjalin kerjasama bersama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi membina Anjung Kasih YKN di Hospital Bintulu.

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata syarikat pelabuhan berkenaan akan menaja sepenuhnya penubuhan Anjung Kasih berjumlah RM1 juta di hospital kerajaan itu.

    “Kolaborasi strategik ini akan memberikan manfaat kepada masyarakat yang mendapatkan khidmat rawatan. Usaha murni tanggungjawab sosial korporat ditunjukkan BPHP amat membanggakan dan wajar menjadi contoh kepada syarikat korporat lain untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap me-rasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Penyerahan Tajaan YKN dan BPHP di lobi Hospital Bintulu.

    Terdapat 19 Anjung Kasih telah beroperasi sepenuhnya setakat ini serta menempatkan seramai 104,714 penghuni sejak mula beroperasi secara berperingkat pada 2006.

    Hospital Bintulu yang menjadi lokasi Anjung Kasih YKN keempat di negeri ini selepas Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu dan Hospital Miri akan mempunyai 67 katil serta dilengkapi antaranya bilik kaunseling, ruang tamu dan ruang solat serta bilik
    Inisiatif Anjung Kasih ditubuhkan untuk menyediakan penginapan mesra insan bagi pesakit atau waris pesakit sewaktu menerima rawatan di hospital.

    MoA ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Ruslan Abdul Ghani; dan Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Nordina Haron. – Bernama

    Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) bergambar selepas Majlis Menandatangani MoA sempena program Kembara Kasih KPWKM 2024 di Hospital Bintulu pada 19 September. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda