Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Brazil belasah Tunisia

    PARIS, 28 SEPT – Richarlison menjadi sasaran apabila dia dibaling dengan pisang oleh penyokong ketika Brazil membelasah Tunisia 5-1 dalam perlawanan persahabatan di Paris pada Selasa, manakala Neymar semakin menghampiri rekod jaringan sepanjang zaman Pele untuk juara dunia lima kali itu.

    Perlawanan di Parc des Princes juga terhenti seketika pada separuh masa pertama apabila penonton terpaksa diberi amaran sebayak dua kali supaya tidak menggangu pemain Brazil dengan pancaran laser.

    “Malangnya pisang turut dibaling ke atas padang kepada Richarlison, penjaring gol kedua Brazil,” kata konfederasi bola sepak Brazil (CBF) di Twitter.

    “CBF mengukuhkan kedudukannya untuk memerangi perkauman dan menolak sebarang tindakan prejudis.”

    Selecao mempamerkan aksi dominan pada separuh masa pertama dalam perlawanan terakhir mereka sebelum bertandang ke Qatar untuk Piala Dunia, dengan Raphinha menjaringkan dua gol dan Neymar kini hanya dua gol di belakang rekod jaringan Pele.

    Reaksi Neymar (kiri) selepas Pedro menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak persahabatan antara Brazil dan Tunisia di Parc des Princes di Paris, 27 September 2022. – AFP

    Richarlison juga menemui sasaran, manakala Pedro menjaringkan gol sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua sebelum membalas lebih banyak ejekan daripada penonton dengan reaksi tunduk di hadapan mereka.

    “Memang memalukan, sukar untuk melihat situasi seperti itu,” kata kapten Brazil, Thiago Silva, ketika pasukannya bergambar beramai sebelum perlawanan dengan sepanduk yang mengandungi mesej antiperkauman.

    “Malangnya nampaknya kita tidak boleh mengubah mentaliti orang.

    “Saya harap mereka akan sedar bahawa ini tidak akan memberikan kesan, ia sudah berlalu, kita perlu berubah. Malangnya, ramai yang masih di takuk lama,” tambahnya.

    Brazil kendalian Tite akan menuju ke perlawanan pembukaan Kumpulan G Piala Dunia menentang Serbia pada 24 November dalam 15 perlawanan tanpa kalah, sejak kekalahan final Copa America mereka kepada Argentina tahun lepas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...