SAO PAULO, 24 APRIL – Datuk Bandar Sao Paulo pada Khamis melancarkan pelan darurat untuk mewujudkan ribuan lagi tapak perkuburan berikutan dijangka lebih banyak kematian akan dicatatkan di bandar itu disebabkan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
“Kami tidak boleh alami situasi sama seperti yang terjadi di Guayaquil, di Ecuador atau New York di Amerika Syarikat,” kata Bruno Covas merujuk kepada kekurangan tempat menyimpan mayat.
Sasaran untuk menggali 13,000 kubur dan memperluas keupayaan operasi perkhidmatan pengebumian, katanya.
Sao Paulo, menjadi pusat penularan wabak, mencatatkan hampir 1,000 kematian dalam sebulan. – Bernama





