Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Britney Spears mohon maaf kontroversi biografi

    Selepas mencetuskan pelbagai kontroversi menerusi The Women In Me, penyanyi Britney Spears tampil membuat permohonan maaf kepada mana-mana individu yang berkecil hati dengan pendedahannya dalam biografi berkenaan.

    Memetik kenyataan mStar, Britney, 43, turut meluahkan rasa kesal dengan kisah yang didedahkan termasuk pernah menggugurkan kandungannya ketika bercinta dengan penyanyi Justin Timberlake.

    “Saya ingin memohon maaf atas beberapa perkara yang saya tulis dalam buku tersebut.
    “Jika saya menyinggung perasaan mana-mana pihak yang benar-benar saya sayangi, saya amat menyesal,” katanya.

    Britney berkongsi perkara itu dalam satu hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Britney memberitahu dia menyukai single terbaharu Justin yang berjudul Selfish. Britney menyifatkan lagu berkenaan sangat baik dan jatuh cinta kepada lagu tersebut.

    “Saya juga ingin mengatakan saya jatuh cinta dengan lagu baru Justin Timberlake iaitu Selfish. Ia sangat bagus,”ujarnya.

    Pendedahan terbaharu itu mengejutkan peminat apatah lagi mereka melancarkan kempen mempopularkan kembali lagu Britney dengan tajuk sama bagi mensabotaj Justin. – Agensi

    Britney akui suka mendengar lagu terbaharu Justin Timberlake. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda