Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bryan tekad sumbang pingat di Phnom Penh

    KUALA LUMPUR, 25 APRIL – Pengalaman bersaing dengan beberapa perenang Olimpik dan beberapa atlet renang terbaik dunia di United Kingdom (UK) banyak membantu Bryan Leong Xin Ren meningkatkan kelajuan bagi menghadapi Sukan SEA dan kejohanan dunia akan datang.

    Atlet renang berusia 20 tahun yang terlepas pingat ketika penampilan di pentas Sukan SEA Filipina 2019 dan Hanoi, Vietnam tahun lepas itu berkata sasaran untuk menaiki podium mampu dicapai namun mengakui bakal berdepan saingan sengit pada temasya di Phnom Penh pada 5 hingga 17 Mei ini.

    Bryan yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 50 meter (m) gaya bebas (23.09s) dan 100 meter kuak kupu-kupuk (53.32s) akan menyertai acara 50m gaya bebas, 50m gaya dada, 50m dan 100m kuak kupu-kupu serta rampaian 4×100 di Phnom Penh.

    “Latihan dan pertandingan di UK telah mendorong saya untuk meningkatkan prestasi saya.

    “Persekitaran tekanan tinggi juga membantu saya menguruskan gemuruh dan emosi serta bagaimana untuk bertanding dalam situasi mencabar.

    “Walaupun meraih pingat adalah sasaran, namun objektif utama di Sukan SEA adalah untuk memberikan yang terbaik dan melakukan catatan peribadi terbaik.

    “Tidak dinafikan persaingan di Sukan SEA adalah tinggi, dengan atlet renang yang hebat,” katanya ketika dihubungi Bernama. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda