WARSAW, 24 Julai – Jurulatih baharu Poland, Jerzy Brzeczek, berkata bahawa dia penuh bersemangat dan bertenaga bagi mengharungi tugasan sukar dalam membina semula pasukan kebangsaan selepas Poland tersingkir pada peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 di Rusia.
Brzeczek, 47, bercakap pada sidang media pertamanya bahawa ia adalah satu impian untuk melatih pasukan Poland dan berikrar untuk melakukan yang terbaik bagi memberikan kegembiraan pada penyokong serta memenangi kembali kepercayaan mereka.”
Brzeczek menggantikan Adam Nawalka dan kontraknya berjalan sehingga 2019, dengan tambahan setahun jika Poland layak ke Kejohanan Eropah (Euro) pada tahun 2020.
Dia berkata seorang pakar psikologi akan menyertai kakitangan kejurulatihan bagi bekerjasama dengan para pemain secara individu. Sebagai pemain Brzeczek telah membuat 42 penampilan bersama pasukan Poland. – AP
