Wednesday, April 23, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    BSP meriahkan Hari Raya Aidiladha

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 2 JULAI – Sempena Hari Raya Aidiladha, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) melalui Badan Kebajikan Islam BSP (BKIB) tidak ketinggalan mengendalikan majlis ibadah korban di Makmal Tenaga Seria, kelmarin.

    Empat ekor lembu telah disumbangkan oleh kakitangan BSP yang mengambil bahagian
    untuk dikorbankan bagi majlis tersebut yang dibungkus dan diagihkan kepada 119 orang penerima daripada golongan asnaf yang tinggal di sekitar kawasan Seria.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan pengagihan daging-daging korban oleh Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Luar BSP, Dayang Suriani binti Garip, dan Ketua BKIB, Haji Hassan bin Haji Bungsu.

    Turut hadir ialah Pemangku Penghulu Mukim Seria dan Ketua Kampung Lorong Tiga Selatan, Seria Haji Saidin bin Haji Ibrahim.

    Dayang Suriani menyampaikan agihan daging korban kepada salah seorang penerima. – Gambar serahan BSP
    Haji Hassan menyampaikan agihan daging korban. – Gambar serahan BSP
    Gambar serahan BSP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda