Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Buat hal! Justin Timberlake ditahan polis

    Penyanyi Justin Timberlake ditahan pihak berkuasa selepas didakwa memandu dalam keadaan mabuk di New York, Amerika Syarikat.

    Tindakan Justin, 43, itu menyebabkan dia dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Sag Harbor Village dan dibebaskan dengan jaminan.

    Sebutan semula kes akan diadakan secara maya pada 26 Julai depan.

    Menerusi dokumen mahkamah, pihak polis melihat Justin memandu kenderaan mewah berwarna kelabu pada awal pagi.

    Memetik laporan mStar, Justin didakwa gagal menghentikan kenderaan di papan tanda berhenti dan dua kali melencong dari lorong asalnya.

    Justin didakwa memandu dalam keadaan mabuk dan tidak stabil. – Variety.com

    Menerusi keterangan pihak polis, penyanyi itu turut berada dalam keadaan mabuk dan tidak stabil.

    “Matanya merah, bau minuman beralkohol yang kuat dari nafasnya, tidak dapat memberikan perhatian, tidak stabil dan berprestasi buruk pada semua ujian ketenangan lapangan yang standard,” menurut dokumen mahkamah.

    Peguam penyanyi itu, Ed Burke, memberitahu itu adalah satu pertuduhan kerana Justin menolak untuk melakukan ujian nafas.

    Justin juga didakwa dengan dua pertuduhan lain iaitu meneruskan pemanduan di tanda berhenti dan tidak melakukan perjalanan di lorong trafik yang betul.

    Majalah People melaporkan bahawa Justin ditahan selepas dia selesai makan malam di American Hotel. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda