LOS ANGELES, 25 NOV – Giannis Ante-tokounmpo menjaringkan 32 mata dan Damian Lillard menambah 31 mata untuk membantu Milwaukee Bucks menewaskan Charlotte Hornets, 125-119, melanjutkan rekod kemenangan mereka kepada empat perlawanan.
Walaupun pemain pertahanan Charlotte, LaMelo Ball mencatatkan jaringan 50 mata tertinggi dalam kariernya, Bucks berjaya memperbaiki rekod kepada 8-9 untuk musim ini dengan kemenangan keempat berturut-turut di tempat sendiri, manakala Charlotte jatuh ke kedudukan 6-10.
“Rasanya sangat hebat untuk meraih kemenangan lagi di gelanggang sendiri,” kata Lillard.
“Cara kami memulakan musim ini agak sukar. Kami mula bermain seperti yang kami mahu mainkan sejak awal musim ini. Kini kami mula berasa selesa dengan diri kami, baik dalam serangan mahupun pertahanan.
“Kami mula melakukan apa yang jurulatih mahu kami lakukan dan kami mula mendapatkan keputusan yang kami inginkan.”
Bintang Greece, Antetokounmpo mencatatkan 12 daripada 23 percubaan dan tujuh daripada 10 percubaan dari garisan lontaran percuma sambil menambah 11 rebound dan enam assist untuk Milwaukee. Ball mencatatkan 10 assist untuk Charlotte. – AFP