Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Busana ‘Queen of Gold‘ Aina Abdul berharga RM120,000

    Lima busana yang digayakan Aina Abdul menerusi konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu lalu menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu mendedahkan kesemuanya berjumlah RM400,000.

    Menurut kenyataan mStar, selain gaun berwarna biru yang mengeluarkan asap, busana keempat rekaan Ezuwan Ismail berkonsepkan ‘Queen of Gold‘ turut menjadi perhatian yang berharga RM120,000.

    Ezuwan berkata, gaun seberat 40 kilogram itu memakan masa selama dua minggu untuk disiapkan dan diperbuat daripada fabrik emas yang hanya boleh dibeli di luar negara.

    “Fabrik emas ni memang tak dijual di sini (Malaysia). Nak tak nak, kena beli dekat luar negara termasuklah batu-batu yang memenuhi busana tersebut.

    “Antara batu perhiasan yang digunakan ialah mutiara, berlian serta dihiasi manik dan labuci. Selepas ia siap, berat keseluruhan kostum tersebut dianggarkan mencecah sehingga 40 kilogram termasuk cape,” katanya.

    Menurut Ezuwan lagi, pakaian itu dijahit sendiri menggunakan tangan dan seluruh permukaan fabrik dipenuhi batu-batu hiasan.

    “Baju ini adalah jahitan tangan sepenuhnya seperti mana diminta oleh Aina sendiri. Ini bagi memastikan kualiti jahitan terjamin,” tambahnya.

    Ezuwan yang turut menyaksikan persembahan Aina semasa konsert menzahirkan kepuasannya saat melihat penyanyi popular itu muncul di pentas bersama busana rekaannya. – Agensi

    Antara busana yang mendapat perhatian ramai. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...