Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mental, fizikal guru perlu diambil kira

    Susulan pengumuman mengenai perlaksanaan sistem pengintegrasian, penulis turut menyoroti platform media sosial yang dibanjiri dengan pelbagai respons, persoalan dan pandangan berhubung perkara tersebut.

    Meskipun niat untuk memahami dan menghargai nilai-nilai keagamaan adalah langkah yang positif, pelaksanaannya telah menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan guru.

    Guru sebagai pihak yang terlibat secara langsung dalam pendidikan, semakin terbebani dengan jam kerja yang semakin padat, yang mana guru mengajar sekolah pagi terpaksa memanjangkan lagi waktu balik kerja dan ada juga yang terpaksa mulakan kerja dari pagi bagi guru agama.

    Ramai guru terutama yang sudah mempunyai anak terbeban dengan waktu kerja terbaharu itu kerana mereka juga punya komitmen lain seperti menghantar dan mengambil anak mereka.

    Lebih dari itu, guru juga memerlukan masa untuk membuat rancangan pengajaran dan persediaan mengajar bagi keesokan harinya. Dengan waktu kerja yang semakin padat di sekolah guru terpaksa menyambung kerja mereka di rumah yang membuatkan guru tidak ada masa untuk meluangkan masa bersama keluarga.

    Gambar Freepik

    Ancaman terhadap kesihatan mental guru merupakan isu yang tidak boleh diabaikan. Jam kerja berlebihan, tekanan tinggi dan kurangnya sokongan psikologi dapat menyebabkan masalah kesihatan mental yang serius.

    Ini bukan hanya masalah peribadi guru, tetapi juga masalah sistem yang dapat merugikan penstabilan pendidikan dalam jangka waktu yang panjang.

    Namun, dengan pelaksanaan yang kurang terancang dan pemahaman terhadap cabaran sebenar yang dihadapi oleh guru, sistem ini seolah-olah meletakkan beban yang tidak perlu kepada para pendidik.

    Oleh itu, seruan penulis kepada pihak berkenaan adalah untuk mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam merancang serta melaksanakan sebarang perubahan dalam sistem pendidikan.

    Penulis berharap tindakan konkrit dapat diambil untuk memperbaiki situasi ini demi kebaikan pendidikan dan masyarakat Brunei secara keseluruhan.

    Keberhasilan sistem pendidikan tidak hanya diukur dari segi pencapaian akademik, tetapi juga dari segi kesejahteraan mental dan fizikal guru.

    Dang Kuntum

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...