Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Cadangan loji jana kuasa di Labuan masih di peringkat awal

    KUALA LUMPUR, 5 FEB – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu di Labuan masih di peringkat awal.

    “Oleh itu, kami tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat mengenainya pada masa ini,” kata syarikat minyak dan gas nasional itu dalam jawapan kepada Bernama mengenai perkembangan loji jana kuasa baharu tersebut.

    Loji jana kuasa Petronas itu dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember tahun lepas sebagai penyelesaian jangka panjang kepada gangguan bekalan elektrik di Labuan dan apabila siap kelak ia akan membantu meningkatkan kapasiti operasi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), yang kini merupakan pengendali bekalan elektrik di Labuan.

    Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata cadangan loji jana kuasa itu yang akan diterajui Petronas, merupakan usaha sama dengan Suruhanjaya Tenaga Sabah dan SESB dan dijangka siap pada 2027. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...