Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Mini KUD Kota Samarahan catat jualan lebih RM1.25 juta

    KUCHING, 5 FEB – Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) yang diadakan di Kota Samarahan berjaya mencatatkan jumlah jualan lebih RM1.25 juta sepanjang empat hari penganjurannya sejak Khamis lepas.

    Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata angka itu melibatkan nilai transaksi jualan usahawan yang menjangkau lebih RM300,000, manakala selebihnya adalah jumlah yang berjaya diperolehi oleh usahawan desa melalui Business Matching, yang melibatkan lebih 80 syarikat. 

    Beliau berkata dari sudut kehadiran jumlah pengunjung juga telah melepasi sasaran 30,000 orang yang datang, dengan jumlah yang mengunjungi mini karnival itu sehingga tengah hari semalam menjangkau lebih 68,000.

    “Mini KUD Kota Samarahan mencapai objektif sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup Mini KUD di Halaman Samarahan di sini semalam.

    Rubiah berkata Mini KUD ini juga memberikan pendedahan kepada usahawan desa mengenai sistem perniagaan yang lebih baik dan terancang untuk meningkatkan pendapatan, sekali gus membangunkan ekonomi masyarakat luar bandar. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...