Wednesday, July 17, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Cadiz, Bello bantu Venezuela menang

    SANTA CLARA, 23 JUN – Gol daripada pemain gantian, Jhonder Cadiz dan Eduard Bello memberikan Venezuela kemenangan 2-1 ke atas Ecuador yang beraksi dengan 10 pemain dalam perlawanan Kumpulan B Copa America kelmarin.

    Dalam perlawanan lain kumpulan itu, Mexico memulakan kempen mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Jamaica di Houston, tetapi kehilangan kapten mereka, Edson Alvarez akibat kecederaan.

    Ecuador terpaksa bermain dengan 10 pemain sejak minit ke-22 di Stadium Levi apabila penyerang Enner Valencia dilayangkan kad merah kerana aksi berbahaya.

    Penyerang berusia 34 tahun itu menendang dada pertahanan Venezuela, Jose Martinez dengan butnya semasa bersaing untuk bola yang melambung tinggi di dalam kotak penalti. Pada mulanya, dia hanya diberikan kad kuning, tetapi selepas semakan VAR, dia dilayangkan terus kad merah.

    Ecuador, yang mengawal permainan sebelum kejadian tersebut, bertindak balas dengan baik dan mendahului pada minit ke-40 apabila Venezuela gagal mengeluarkan bola berikutan sepakan percuma ke dalam kotak penalti dan Jeremy Sarmiento menjaringkan bola yang tidak dikawal.

    Ketua jurulatih Venezuela, Fernando Batista membuat dua pertukaran pada waktu rehat, dengan membawa masuk Cadiz dan Bello, dan kedua-duanya memberikan impak yang ketara.

    Penyerang ‘Vinotinto’, Salomon Rondon melepaskan bola kepada Cadiz, yang menendang dengan kaki sisinya dari tepi kotak penalti dan bola itu mengalami sedikit pesongan ketika ia melepasi penjaga gol Ecuador, Alexander Dominguez. – AFP

    Aksi Bello menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan Kumpulan B Copa America pada 22 Jun di Santa Clara, California. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Nepal, India kerjasama cari mayat hilang tragedi bas hanyut

    KATHMANDU, 17 JULAI – Pihak berkuasa tempatan sedang berkerjasama dengan pegawai sempadan daerah India untuk mencari mayat dalam kemalangan Simaltal, di mana tanah runtuh...