AMERIKA SYARIKAT – Satu kajian baharu mencadangkan bahawa disinari cahaya matahari di luar mungkin sebenarnya membantu untuk menghapus kemurungan.
Penyelidikan itu menunjukkan hubungan antara pendedahan cahaya terang, corak tidur biasa dan mengurangkan gejala kemurungan.
Kajian itu, diketuai oleh penyelidik-penyelidik di Brigham and Women’s Hospital, Harvard di Amerika Syarikat, menganalisis data daripada hampir 7,000 peserta.
Mereka mendapati orang yang menghabiskan lebih banyak masa di bawah cahaya terang (siang hari, bukan lampu ruang tamu awda) melaporkan lebih sedikit gejala-gejala kemurungan.
Tetapi rangsangan angin ini bukan hanya tentang menyerap matahari.
“Kami mendapati bahawa masa yang lebih banyak dihabiskan di bawah cahaya terang dikaitkan secara sederhana dengan gejala kemurungan yang lebih rendah dan keteraturan tidur sebahagiannya menjelaskan perkaitan ini,” kata pengarang utama dan rakan penyelidik Sleep Epidemiology, Dr Danielle A Wallace.
“Vitamin D yang lebih tinggi juga dikaitkan dengan pendedahan cahaya terang yang lebih tinggi dan keteraturan tidur yang lebih baik, tetapi tidak dengan gejala kemurungan.”
Menggunakan peranti pergelangan tangan, para penyelidik menjejaki pendedahan cahaya dan corak tidur peserta.
Mereka yang menghabiskan lebih banyak masa di bawah cahaya terang bukan sahaja melaporkan gejala kemurungan yang lebih sedikit, tetapi juga menunjukkan jadual tidur yang lebih konsisten.
Walaupun lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mewujudkan hubungan itu, kajian ini menggariskan potensi faedah menggabungkan masa di luar yang tetap dan mengekalkan jadual tidur yang konsisten untuk kesejahteraan mental.
“Kajian masa depan yang mengkaji terapi cahaya terang tidak boleh mengabaikan peranan keteraturan tidur yang mungkin dimainkan dalam mempengaruhi angin dan gejala kemurungan,” kata pengarang bersama kajian dan Profesor Perubatan Tidur Peter C. Farrell, Dr Susan Redline. – The Star