Wednesday, March 12, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Carlos Alcaraz kekal cemerlang di Indian Wells

    INDIAN WELLS, 11 MAC – Juara bertahan dua kali, Carlos Alcaraz, menewaskan pemain Kanada, Denis Shapovalov, 6-2, 6-4 kelmarin untuk meneruskan langkahnya bagi mendapatkan kejayaan ATP Masters Indian Wells dengan tiga kemenangan berturut-turut.

    Pemain nombor tiga dunia dari Sepanyol itu mengesahkan tempatnya di pusingan
    16 dengan kemenangan klinikal, memecahkan servis Shapovalov pada permainan pertama dengan pukulan forehand yang menakjubkan, membuka kelebihan 5-0.

    Alcaraz berkata permulaan yang pantas adalah kunci ketika berdepan dengan lawan yang baru memenangi gelaran di Dallas dan mencapai separuh akhir di Acapulco itu.

    “Saya tahu pada permulaan perlawanan bahawa saya perlu sangat fokus. Saya perlu mulakan perlawanan dengan sangat kuat, mengetahui ia akan menjadi pertempuran yang sangat sukar,” kata Alcaraz.

    Dia menyelamatkan tiga daripada empat point break yang dihadapinya dan menukarkan empat daripada lapan peluangnya, menamatkan perlawanan dengan pukulan overhead yang hampir tidak dapat dijangkau oleh raket Shapovalov.

    Berpuas hati dengan prestasinya, Alcaraz berkata masih ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki ketika dia berusaha untuk menyertai Roger Federer dan Novak Djokovic sebagai satu-satunya pemain lelaki yang memenangi tiga gelaran berturut-turut di padang gurun California. – AFP

    Carlos Alcaraz memainkan pukulan forehand menentang Denis Shapovalov dalam perlawanan pusingan ketiga mereka semasa Kejohanan BNP Paribas Open di Indian Wells Tennis Garden semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda