Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Casbah lancar trak makanan

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Dis – Setelah bermula di Berakas pada 1999 sebagai sebuah perniagaan keluarga, Casbah London Kebab kini berkembang lagi dengan pelancaran trak makanan Casbah pertama.

    Pelancaran trak makanan pertama berkenaan telah diadakan bersempena dengan Pertandingan Brunei E-Sports edisi kedua yang berlangsung selama dua hari, hingga kelmarin, di Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC).

    Untuk memeriahkan lagi pelancaran berkenaan, Casbah London Kebab memberikan 20 ayam doner secara percuma kepada 20 pelanggan terawal yang membeli apa jua doner bagi memperingati ulang tahun ke-20.

    Selain itu, pelanggan yang memuat naik gambar mereka bersama trak makanan Casbah di media sosial turut diberikan potongan harga.

    Pemilik Casbah London Kebab, Hajah Sandrawati binti Abdullah @ Sandra Ann Beddows mengongsikan, sejak bermula 20 tahun lalu, Casbah London Kebab telah berkembang dengan lebih banyak cawangan di seluruh negara.

    “Kami juga memberi layanan penghantaran untuk pelanggan menikmati hidangan makanan dari rumah dan menyediakan perkhidmatan katering dengan menyediakan cef pakar memasak makanan istimewa di rumah pelanggan,” tambah beliau.

    Casbah London Kebab melancarkan trak makanan Casbah pertamanya di RBRC sempena Pertandingan Brunei E-Sports edisi kedua.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda