Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    CBTL beri minuman percuma

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Feb – Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33, Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) telah meneruskan tradisi mereka memberikan teh ais kepada para sukarelawan dan anggota beruniform.

    Pemberian minuman berkenaan telah bermula sejak jam 8 pagi lagi, yang mana ia merupakan salah satu inisiatif ‘Caring Cup’ mereka, yang bertujuan bagi melanjutkan program tanggungjawab sosial korporat CBTL kepada para sukarelawan yang merupakan anggota penting dalam memastikan acara itu berakhir dengan cekap dan menjadi kenangan.

    Menurut Pengurus Perhubungan Awam CBTL, Awangku Addeni bin Pengiran Tajuddin, sukarelawan tahun ini juga termasuk pelajar-pelajar dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang telah bekerja rapat dengan The Caring Cup selama ini.

    Beliau juga menjelaskan bahawa selain memberikan teh ais, kad Tawaran Istimewa The Coffee Bean® telah diberikan kepada 330 orang di Maya Puri. Kad tawaran istimewa berkenaan merupakan kad setem fizikal yang menawarkan enam tawaran yang menarik apabila pelanggan menunjukkan kad kepada juruwang CBTL.

    Tawaran-tawaran yang dimaksudkan termasuk potongan harga $2 apabila berbelanja sekurang-kurangnya $10; tambahan hanya $0.50 untuk menukar Ice Blended daripada saiz biasa kepada saiz besar; mufin pilihan percuma bagi mana-mana pembelian dua minuman Ice Blended; beli pasta dan dapatkan potongan 20 peratus bagi pasta kedua; beli satu set sarapan dan dapat potongan 20 peratus bagi set sarapan kedua dan akhir sekali, beli piza dan dapat potongan 20 peratus bagi piza kedua.

    Warga CBTL ketika melibatkan diri pada Sambutan Hari Kebangsaan ke-33.
    Warga CBTL ketika melibatkan diri pada Sambutan Hari Kebangsaan ke-33.

    Semua tawaran hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan untuk barangan promosi atau mana-mana diskaun yang lain. Terma dan syarat yang selanjutnya boleh didapati pada kad berkenaan.

    Selain itu, mereka juga mengeluarkan menu istimewanya Mango Twist Ice Blended, yang hanya boleh didapati pada hari ini (23 Februari).

    Tawaran Mango Twist Ice Blended yang hanya boleh didapati di Brunei itu menggabungkan serbuk coklat putih dicampurkan dengan jus mangga dan sirap coklat dan atasnya ditutupi dengan ceri maraschino. Pengurus Pemasaran CBTL, Ida Patera mengongsikan, “Kami mencipta minuman ini berdasarkan maklum balas pelanggan kami. Kami telah menyelaraskan minuman berkenaan untuk lebih mencerminkan warna bendera Brunei.

    “Mango Twist Ice Blended adalah cara kami untuk menandakan hari istimewa ini dengan minuman yang dicipta oleh rakyat Brunei yang telah menyokong CBTL selama bertahun-tahun dan yang akan datang,” tambah beliau lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda