Tuesday, April 30, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    CEO Apple berkata syarikat sedang ‘melihat’ pengilangan di Indonesia

    JAKARTA, 17 APRIL – Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook berkata syarikat itu ‘melihat’ pengilangan di Indonesia ketika beliau bertemu dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo pada hari ini.

    “Kami bercakap tentang keinginan presiden untuk melihat pengilangan di negara ini, dan ia adalah sesuatu yang kami akan perhatikan,” kata Cook kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

    Pentadbiran Widodo telah bekerja selama bertahun-tahun untuk membawa pengilangan ke negara itu untuk menggerakkan pembangunan ekonomi, manakala Apple sedang berusaha untuk mempelbagaikan rantaian bekalannya dari China, di mana kebanyakan telefon pintar dan tabletnya dipasang.

    Syarikat itu mula memindahkan beberapa pengeluaran ke negara seperti Vietnam, dan baru-baru ini India, selepas penutupan untuk memerangi COVID di China berulang kali mengganggu penghantaran syarikat.

    “Saya rasa keupayaan pelaburan di Indonesia tidak berkesudahan. Saya berpendapat bahawa, terdapat banyak tempat yang bagus untuk melabur, dan kami sedang melabur. Kami percaya kepada negara ini (Indonesia),” kata Cook.

    Pada hari sebelumnya, Cook bertemu Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh di Hanoi, di mana beliau berkata Apple merancang untuk melabur lebih banyak di Vietnam dan meningkatkan perbelanjaan ke atas pembekal di hab pengilangan Asia Tenggara.

    “Memandangkan ekonomi China yang perlahan serta usaha berterusan kerajaan China untuk memerah syarikat asing dan menggantikannya dengan jenama domestik, Apple mahukan alternatif untuk pengilangan,” kata Chris Miller, profesor bersekutu di Universiti Tufts yang kerjanya memfokuskan pada teknologi dan geopolitik .

    “Ia telah melabur lebih banyak di India dan Vietnam, tetapi ia berkemungkinan melihat rakan kongsi lain di Asia Tenggara untuk operasi pengilangan dan pemasangan tambahan,” kata Miller. – AP

    Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook semasa ketibaan untuk pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo di istana di Jakarta, Indonesia, pada hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...