Monday, April 28, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chambers sedia rebut tempat di Arsenal

    LONDON, 4 Julai – Pemain antarabangsa England, Calum Chambers bersedia bersaing untuk mendapat tempat di Arsenal selepas menandatangani kontrak jangka panjang kelmarin.

    Pemain berusia 23 tahun di mana karier antarabangsanya terjejas sejak menyertai Arsenal dari Southampton pada 2014 dengan tiga penampilan terakhirnya pada empat tahun yang lalu berkata, dia mahu membuktikan kemampuannya untuk membarisi skuad utama di bawah pengurus baharu, Unai Emery.

    Meskipun dia biasanya beraksi di bahagian kanan namun semasa di bawah kendalian Arsene Wenger dia mengisi posisi bahagian tengah, bersaing dengan pemain seperti Laurent Koscielny dan pemain yang baharu tiba, Sokratis Papastathopoulos yang baharu saja menyertai Arsenal kelmarin dengan nilai yang dilaporkan berjumlah AS$23.3 juta.

    “Saya sangat berbangga, berpuas hati dan teruja untuk musim ini dan apa yang berlaku nanti,” beritahunya kepada Arsenal Player.

    “Saya sangat menyukainya, ini adalah kelab terbaik dan memang berlaku kejatuhan dan kejayaan tetapi itulah bola sepak, itulah karier.

    “Saya berjumpa dengan orang-orang yang hebat di sini dan saya teruja mengenai masa depan dan saya sedia untuk beraksi dan membuktikan kepada semua orang mengenai kemampuan saya.”

    Chambers telah dipinjamkan ke Middlesbrough pada kempen Liga Perdana 2016/2017 dan memutuskan untuk kekal bersama Arsenal meskipun Leicester berminat untuk mendapatkannya pada musim panas yang lalu.

    Dia beraksi sebanyak 24 kali buat Arsenal musim lepas dan juga separuh akhir Liga Europa.

    Menurut Emery, Chambers akan menjadi pemain penting dalam musim mendatang.

    “Saya teruja Calum memutuskan untuk kekal bersama kita,” menurut Emery menerusi laman sesawang Arsenal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda